Agensi Perakuan Pembetungan
Majaari sebagai Agensi Perakuan Pembetungan (APP) yang dilantik oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memberi perkhidmatan memproses dan memperakukan kelulusan pelan-pelan sistem pembetungan, loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembetungan , sambungan paip dan tangki septik.
Fungsi dan Skop Kerja Perkhidmatan APP
- 1. Mengkaji cadangan perancangan sistem pembetungan termasuk
-
-
- – Memberi ulasan keperluan pembetungan ke atas permohonan tukar syarat atau pecah sempadan bagi mana-mana pembetungan
- – Memberi ulasan ke atas permohonan kebenaran merancang serta pelan bangunan sekiranya diperlukan
- – Menyelaras permohonan sistem pembetungan untuk skim-skim pembangunan di suatu kawasan perkitaran
- – Mengadakan perundingan dan menasihati pemaju atau wakil arkitek atau jurutera
- – Memastikan kecukupan laporan dan lukisan yang dikemukakan
- – Menyemak cadangan perancangan supaya selari dengan keperluan perancangan pembetungan.
- 2. Menguruskan Maklumat Perancangan Data Pembetungan-loji rawatan kumbahan, stesen pam, rangkaian pembetungan, sambungan paip dan tangki septik.
- 3. Mengkaji Cadangan Rekabentuk Sistem Pembetungan yang dikemukakan oleh Orang Yang Berkelayakan (Qualified Person) bagi mematuhi garispanduan dan standard termasuk menyedia dan memberi ulasan atau kelulusan bagi pihak SPAN.
- 4. Mengadakan pemeriksaan perantara termasuk pemeriksaan di pelbagai peringkat pembinaan selaras dengan lukisan yang diluluskan serta penggunaan produk yang diluluskan oleh SPAN.
- 5. Mengadakan pemeriksaan terakhir dan memberi surat pengesahan bagi tujuan pengeluaran sijil perakuan siap dan pematuhan (certificate of completion and compliance-CCC).
- 6. Mewakili SPAN di pelbagai mesyuarat berkaitan dengan pembangunan baru dan kerja-kerja pembetungan yang dianjurkan oleh PBT, Pusat Sehenti (One Stop Centre) dan lain-lain agensi.
- 7. Sentiasa mematuhi, mengamalkan dan menggunapakai garispanduan, akta-akta berkaitan sistem pembetungan.