postheadericon GIS

Majaari Services Sdn. Bhd. (MSSB) telah melaksanakan sistem Georgraphical Information System (GIS) dalam mendapatkan sesuatu data atau maklumat berkaitan dengan sistem pembetungan di Negeri Kelantan. 

 

Data atau maklumat yang dibekalkan oleh MSSB daripada sistem GIS ini adalah seperti berikut:


i) Kedudukan water intake AKSB dengan titik pembuangan akhir kumbahan ke sungai yang terdekat dengan tapak projek.

ii) Lot-lot bersebelahan pada jarak satu (1) kilometer sekeliling dari tapak projek pemohon. 

iii) Rizab loji kumbahan (STP) pada jarak satu (1) kilometer sekeliling dari tapak projek pemohon.

iv) Sistem pembetungan sediada milik MSSB yang merangkumi STP, stesen pam kumbahan dan rangkaian paip pembetungan.


Bayaran pemprosesan data atau maklumat adalah sebanyak RM 280 untuk hardcopy saiz A1 dan softcopy bawah 1MB (harga tidak termasuk 6 % GST).
Jika berminat, Hubungi Pegawai GIS kami En. Nik Mohd Faris di talian 09-7430055 bagi mendapatkan sebarang maklumat atau data yang diperlukan.

- Muat Turun borang permohonan -

 

 

 

 

Terakhir dikemaskini (Ahad, 26 Jun 2016 16:22)