postheadericon Pengosongan Tangki Septik

Sistem pembetungan yang banyak terdapat di Malaysia ialah tangki septik individu. Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis mempunyai tangki septik individu. Tangki septik individu yang sempurna iaitu mengikut Piawaian Malaysia - MS1228 mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat lazimnya berada di luar kawasan premis samaada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis. Tangki septik juga dikenali sebagai kerek/palong, tandas curah, atau apa-apa sistem pembetungan yang ditentukan oleh SPAN.

Adakalanya, tangki septik tersebut berada di dalam premis yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki septik perlu dikosongkan secara berjadual, setiap tiga tahun sekali untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien.

Majaari menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik dengan mengambilalih tugas dan perkhidmatan yang sebelum ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Kelantan. Majaari mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan secara profesional dan terbaik kepada seluruh penduduk negeri Kelantan. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah munasabah dan berpatutan bagi memastikan perkhidmatan lebih efisien dan pengurusan enapcemar dapat dilakukan dengan sempurna.